istiqamah

bismillahi rahman arrohim:

tajuk ini agak berat tapi perlu utk dikongsi. walaupun saya bukan ahli untuk membicarakan pasal benda ni,tapi saya cuba eleborate dari segi apa maksud yang saya faham n insyaAllah tidak lari dari 2 sumber utama.

istiqamah merupakan suatu benda yang memang AMAT berat untuk dilalui. istiqamah benda senang untuk diucapkan tapi SUSAH untuk di constantkan.ia memerlukan kesabaran n MUJAHADAH(kesungguhan) n pengorbanan sangat tinggi.

tidak hairanlah bila turun ayat pasal “istiqamah” dalam surah Nuh,rambut nabi mula beruban. ayat yang banyak nabi fikirkan ialah ayat yang maksudnya: “Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan.” kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga rambut nabi yang mulia menjadi beruban.

maksud ayat itu ialah nabi berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin kota mekah. sama juga dengan hal kita, hendak melakukan perintah Allah n dalam masa yang sama nak menangkis benda2 yang tidak berfaedah dalam gelora nafsu yang tidak berkesudahan. sabda nabi lagi selepas pulang dari peperangan apa ntah(xingat) huhu: selepas kita pulang dari jihad ini (perang) ketahuilah: ada lagi satu jihad akbar(besar) yang mesti diperangi oleh diri kita sendiri iaitu jihad menentang hawa nafsu.

betapa payahnya tugas untuk kita hadapi hari2 sebab tiap2 hari dugaan yang Allah nak test kita sentiasa tidak sama bahkan sentiasa berubah dari hari ke hari. tapi itu bukan la alasan untuk kita givupkan?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang
mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang
terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang
berdusta. (Al Ankabut : 2-3)

hubungkait antara istiqamah n iman adalah saling bersandar antara satu sama lain. ibarat isi n kuku, tanpa isi siapalah kuku,begitulah sebaliknya.iman pula sentiasa yazid(bertambah) n yanqus(menurun/berkurang).taraf iman kita ini manusia biasa bukan iman para malaikat yang sentiasa sekata,bahkan makin bertambah lagi.

begitulah seharian hidup kita,kalau tidak menyibukkan diri kita dengan ilmu/majlis yang bermanfaat. percayalah,dari segi pemerhatian saya terhadap diri sendiri,bila saya tidak berada didalam jemaah atau istilah lain kita berkeseorangan,kita sebenarnya telah diteman lagi oleh makhluk Allah yang diperbuat dari api iaitu Syaitan. syaitan tidak pernah jemu untuk menggoda kita.

bila duduk dengan kawan2 kita yang komited dalam perjuangan,kita mesti akan rasa semacam gembira,kerana disitu kawan sentiasa menyeru n bagi motivasi untuk kita dalam arah kebaikan.jadi tidak boleh tidak disamping dengar majlis2 ilmu,kita mestilah memperhebatkan doa kita kepada Allah taala.saya bukanlah maksum untuk sentiasa berada dalam kebaikan,tetapi nota ini hanya untuk kepada untuk mengingat diri sendiri.

ingat lagi peristiwa dalam bulan ramadhan yang dikenali pesta ibadah tu?mari kita anggap hari2 kita adalah dalam bulan ramadhan. baca quran,qiamulail,membanyakkan zikir pada Allah dsb.

sekian,wassalam.

Advertisements

feedback?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s