kuala lumpur

hari itu,aku lewat memberi respon kepada kawan.kami berjanji untuk menaiki motor sahaja kesana kerana tiada kereta. ayahku pulang dari rumah,aku gagap untuk minta meminjam kereta.bukan apa,kereta itu masih baru beberapa hari,plastik pun tidak cabut lagi.

hendak pinjam kereta lama tapi kereta yang lama ada penyakit orang tua. aku bukan tidak sanggup menaiki motor tapi perjalanan sungguh jauh,memakan masa.esok pula ada kuliah.fikir agak lama disebalik tangga rumah,lumrah seorang manusia,berat untuk meminta pinjam sesuatu yang baru.

teringat sebuah kisah kami di satu program,ada kawan sanggup bagi kereta dia yang mahal harganya untuk di infaq.kalau aku,aku masih belum pasti apa jawapan untuknya.tapi indahnya orang beriman,sanggup memberi harta kesayangan mereka untuk dikongsi bersama.

aku turun tangga dengan penuh rasa tawakal,naik motor naik kereta peduli apa,macam xpernah jalan jauh dan tengah malam perjalanan di penang dulu,yang lagi payah
likunya,tapi ntah kenapa Allah permudah.

walaupun ayah bagi,tapi hati sentiasa rasa tidak aman kerna memikirkan untuk bawak berhati-hati.ntah gembira semacam kawanku bercerita dalam kereta baru,aku keluh kesah jadi pemandu sebab takut ada tercalar sedikit kereta ini.segala puji bagi Allah, Alhamdulillah ayah bagi green light tanpa kata apa-apa.bersyukur.

tengok jam sudah 7:16pm, kami berjanji untuk maghrib di surau berjemaah,aku risau lagi tidak sempat maghrib bersama. faham sahaja bila waktu petang apa kondisi jalan
raya, macam sardin semua ghairah untuk kerumah kediaman masing-masing.

tahu pukul berapa sampai?aku tiba masa azan tengah berkumandang dalam jam 7:29pm.ada beberapa buah sahaja kereta yang parking dikawasan tersebut.bila habis sahaja azan,baru muncul banyak kereta penuh untuk parking disitu.

sungguh Allah itu MAHA AKBAR!

aku terpinga-pinga keseorangan ditempat wudhu,memikirkan perihal keajaiban tadi.

kenapa tidak penuh lagi parking kat surau tersebut padahal sudah maghrib? dan kelihatan lepas aku parking elok dipenjuru bucu tembok pagar tadi seolah-olah berderu-deru
kereta mula masuk ke kawasan surau,

kenapa aku terasa terlalu awal sampai kemasjid?padahal perjalanan dari rumah aku ke sini sepatutnya 30minit! bukan 13minit.aku sendiri kalau menaiki motor pun perjalanan dalam memakan 20 minit! inikan pula naik kereta waktu petang sesak tersebut.

dan paling manis,aku dapat duduk saf depan sekali.

semua soalan tersebut, ada dalam satu sahaja jawapan iaitu Allah permudah segala-galanya.

seusai solat,aku cerita pada kawan aku hal tersebut,dia pun tak sampai lagi waktu tu
kesurau.

terima kasih Allah!

maka nikmat mana satu yang kamu dustakan?!

habis solat,kami terus sahaja melangkah kesana. untuk jumpa bukan calang-calang orang,beliau terlalu banyak memegang jawatan ex-manager (dapat message dari guru
tarbiyah kami).dia banyak bersama aktivis dakwah yang hebat-hebat dulu untuk menghidupkan kampus.tapi beliau sekarang sudah lama pencen.

beliau tidak dikenali macam uai ataupun sesiapa sahaja pendakwah bebas yang muncul dikaca-kaca mata tv,mahupun youtube.

tapi background dia mengajak dan menyeru kawan-kawan sekeliling dia seolah-olah tiada batasannya. dia ada ciri-ciri muwasoffat tarbiyah.

tidak pasti dia bekerja apa dahulu di sarawak,tapi dia pernah mengubah orang sana dari kehidupan tidak beragama kepada beragama.beliau melatih pelajar tersebut pada
masa itu kebetulan dia kemudiannya memegang tampuk presiden.
sehinggakan dalam satu mesyuarat pelajar itu selamba bangkang idea ketua menteri sarawak ketika hendak berbincang pasal kenapa pihak universiti mengenakan cas kepada
pelajar untuk pergi solat jumaat(menaiki bas).padahal ia sudah menjadi tanggungjawab pihak universiti itu untuk menyediakan secara percuma.

terkejut kami mendengar perkongsian tersebut,siapa berani cakap lantang dengan taib mahmud,bukan calang-calang orang nak tentang.sehinggalah mesyuarat memutuskan untuk terus mengenakan cas.pelajar itu kemudian,meminta padang sahaja untuk digunakan digunakan untuk buat solat jumaat.bersolatlah semua di padang yang luas bertakhtakan beberapa sahaja anak tangga kemudian jika tidak silap,beliau sendiri yang memberi khutbah!

kagum

kami terkesima sebentar,hebat betul kesan dakwah kepada para pemuda.mungkin sebab itu masjidil aqsa tidak membenarkan rijal(pemuda) melakukan solat didalam
masjid.dikhuatiri akan mengejutkan jiwa-jiwa yang sedang tidur.

kata pakcik itu lagi,dengan nada yang bersemangat.

“tidak perlu famous untuk buat kerja dakwah ni akhi,kalau nak jadi famous,saya dah buat lama dah,boleh sahaja saya nak masuk dalam tv3 dsb.kenapa saya tidak memilih
untuk jalan tersebut?”

dalam hati,kami kata hebat betul boleh panggil orang tv3!

dia menyoal kami seorang demi seorang.

dan memberi jawapannya sendiri :

hari ini orang akhi,sudah terlalu banyak membina lantai, tetapi tidak ada seorang pun yang terfikir untuk membina tiang-tiang seri tersebut. lantai yang ana maksudkan akhi ibarat ceramah oleh pendakwah-pendakwah yang famous pada hari ini,manakala tiang seri yang ana maksudkan ialah rijalun dakwah.

hari ini kita lihat,terlalu ramai pendakwah yang hebat-hebat menyampaikan islam,ya ia tidaklah salah tapi paling penting sebenarnya ialah kita bukan nak orang yang
dengar ceramah kita macam touch n go sahaja.dengar sekejap,balik kemudian lupa,ibarat masuk telinga kanan,kemudian keluar telinga kiri dan bergelumbang pula dengan aktiviti cenderung kearah maksiat.

tapi kita nak lebih dari itu mendengar,mengikut dan paling penting praktikkan dalam kehidupan seharian.untuk mencapai proses tersebut tidak mesti tidak kena ada proses dakwah dan tarbiyah.

beza membina lantai dengan tiang ibarat langit dan bumi,bila didatangi sahaja cubaan sudah tentu audience dalam mendengar ceramah tersebut akan lemah dilanda badai.berbeza dengan membina peribadi muslim,dia akan kental walau apa pun cubaan melanda.kerana apa?

sebab dia melalui proses dnt.

akhir pertemuan,aku lihat mata dia berkaca seperti mengharap sesuatu berlaku dikampus kami.aku peluk erat.sambil dia berkata :

“ana harap antum jadi pioneer ditempat antum”

insyaAllah,doakan  😐

Advertisements

feedback?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s