kuala lumpur

hari itu,aku lewat memberi respon kepada kawan.kami berjanji untuk menaiki motor sahaja kesana kerana tiada kereta. ayahku pulang dari rumah,aku gagap untuk minta meminjam kereta.bukan apa,kereta itu masih baru beberapa hari,plastik pun tidak cabut lagi.

hendak pinjam kereta lama tapi kereta yang lama ada penyakit orang tua. aku bukan tidak sanggup menaiki motor tapi perjalanan sungguh jauh,memakan masa.esok pula ada kuliah.fikir agak lama disebalik tangga rumah,lumrah seorang manusia,berat untuk meminta pinjam sesuatu yang baru.

teringat sebuah kisah kami di satu program,ada kawan sanggup bagi kereta dia yang mahal harganya untuk di infaq.kalau aku,aku masih belum pasti apa jawapan untuknya.tapi indahnya orang beriman,sanggup memberi harta kesayangan mereka untuk dikongsi bersama.

aku turun tangga dengan penuh rasa tawakal,naik motor naik kereta peduli apa,macam xpernah jalan jauh dan tengah malam perjalanan di penang dulu,yang lagi payah
likunya,tapi ntah kenapa Allah permudah.

walaupun ayah bagi,tapi hati sentiasa rasa tidak aman kerna memikirkan untuk bawak berhati-hati.ntah gembira semacam kawanku bercerita dalam kereta baru,aku keluh kesah jadi pemandu sebab takut ada tercalar sedikit kereta ini.segala puji bagi Allah, Alhamdulillah ayah bagi green light tanpa kata apa-apa.bersyukur.

tengok jam sudah 7:16pm, kami berjanji untuk maghrib di surau berjemaah,aku risau lagi tidak sempat maghrib bersama. faham sahaja bila waktu petang apa kondisi jalan
raya, macam sardin semua ghairah untuk kerumah kediaman masing-masing.

tahu pukul berapa sampai?aku tiba masa azan tengah berkumandang dalam jam 7:29pm.ada beberapa buah sahaja kereta yang parking dikawasan tersebut.bila habis sahaja azan,baru muncul banyak kereta penuh untuk parking disitu.

sungguh Allah itu MAHA AKBAR!

aku terpinga-pinga keseorangan ditempat wudhu,memikirkan perihal keajaiban tadi.

kenapa tidak penuh lagi parking kat surau tersebut padahal sudah maghrib? dan kelihatan lepas aku parking elok dipenjuru bucu tembok pagar tadi seolah-olah berderu-deru
kereta mula masuk ke kawasan surau,

kenapa aku terasa terlalu awal sampai kemasjid?padahal perjalanan dari rumah aku ke sini sepatutnya 30minit! bukan 13minit.aku sendiri kalau menaiki motor pun perjalanan dalam memakan 20 minit! inikan pula naik kereta waktu petang sesak tersebut.

dan paling manis,aku dapat duduk saf depan sekali.

semua soalan tersebut, ada dalam satu sahaja jawapan iaitu Allah permudah segala-galanya.

seusai solat,aku cerita pada kawan aku hal tersebut,dia pun tak sampai lagi waktu tu
kesurau.

terima kasih Allah!

maka nikmat mana satu yang kamu dustakan?!

habis solat,kami terus sahaja melangkah kesana. untuk jumpa bukan calang-calang orang,beliau terlalu banyak memegang jawatan ex-manager (dapat message dari guru
tarbiyah kami).dia banyak bersama aktivis dakwah yang hebat-hebat dulu untuk menghidupkan kampus.tapi beliau sekarang sudah lama pencen.

beliau tidak dikenali macam uai ataupun sesiapa sahaja pendakwah bebas yang muncul dikaca-kaca mata tv,mahupun youtube.

tapi background dia mengajak dan menyeru kawan-kawan sekeliling dia seolah-olah tiada batasannya. dia ada ciri-ciri muwasoffat tarbiyah.

tidak pasti dia bekerja apa dahulu di sarawak,tapi dia pernah mengubah orang sana dari kehidupan tidak beragama kepada beragama.beliau melatih pelajar tersebut pada
masa itu kebetulan dia kemudiannya memegang tampuk presiden.
sehinggakan dalam satu mesyuarat pelajar itu selamba bangkang idea ketua menteri sarawak ketika hendak berbincang pasal kenapa pihak universiti mengenakan cas kepada
pelajar untuk pergi solat jumaat(menaiki bas).padahal ia sudah menjadi tanggungjawab pihak universiti itu untuk menyediakan secara percuma.

terkejut kami mendengar perkongsian tersebut,siapa berani cakap lantang dengan taib mahmud,bukan calang-calang orang nak tentang.sehinggalah mesyuarat memutuskan untuk terus mengenakan cas.pelajar itu kemudian,meminta padang sahaja untuk digunakan digunakan untuk buat solat jumaat.bersolatlah semua di padang yang luas bertakhtakan beberapa sahaja anak tangga kemudian jika tidak silap,beliau sendiri yang memberi khutbah!

kagum

kami terkesima sebentar,hebat betul kesan dakwah kepada para pemuda.mungkin sebab itu masjidil aqsa tidak membenarkan rijal(pemuda) melakukan solat didalam
masjid.dikhuatiri akan mengejutkan jiwa-jiwa yang sedang tidur.

kata pakcik itu lagi,dengan nada yang bersemangat.

“tidak perlu famous untuk buat kerja dakwah ni akhi,kalau nak jadi famous,saya dah buat lama dah,boleh sahaja saya nak masuk dalam tv3 dsb.kenapa saya tidak memilih
untuk jalan tersebut?”

dalam hati,kami kata hebat betul boleh panggil orang tv3!

dia menyoal kami seorang demi seorang.

dan memberi jawapannya sendiri :

hari ini orang akhi,sudah terlalu banyak membina lantai, tetapi tidak ada seorang pun yang terfikir untuk membina tiang-tiang seri tersebut. lantai yang ana maksudkan akhi ibarat ceramah oleh pendakwah-pendakwah yang famous pada hari ini,manakala tiang seri yang ana maksudkan ialah rijalun dakwah.

hari ini kita lihat,terlalu ramai pendakwah yang hebat-hebat menyampaikan islam,ya ia tidaklah salah tapi paling penting sebenarnya ialah kita bukan nak orang yang
dengar ceramah kita macam touch n go sahaja.dengar sekejap,balik kemudian lupa,ibarat masuk telinga kanan,kemudian keluar telinga kiri dan bergelumbang pula dengan aktiviti cenderung kearah maksiat.

tapi kita nak lebih dari itu mendengar,mengikut dan paling penting praktikkan dalam kehidupan seharian.untuk mencapai proses tersebut tidak mesti tidak kena ada proses dakwah dan tarbiyah.

beza membina lantai dengan tiang ibarat langit dan bumi,bila didatangi sahaja cubaan sudah tentu audience dalam mendengar ceramah tersebut akan lemah dilanda badai.berbeza dengan membina peribadi muslim,dia akan kental walau apa pun cubaan melanda.kerana apa?

sebab dia melalui proses dnt.

akhir pertemuan,aku lihat mata dia berkaca seperti mengharap sesuatu berlaku dikampus kami.aku peluk erat.sambil dia berkata :

“ana harap antum jadi pioneer ditempat antum”

insyaAllah,doakan  😐

“bang pinjam 5 minit boleh..”

salam n hai,

petang lepas setelah kami selesai beriadah (kayak) di Bukit Merah,Perak. kami diberi tugasan oleh pengerusi program, sempena esok hari besday Nabi.

“korang kena cari partner masing2 n bertemu sekurang2nya 3orang awam n meluahkan rasa cinta pada Nabi korang kat masyarakat awam sekitar kawasan ni..”

aku jarang mendapat tugasan begini,rasa happy n semangat terhadap nabi semakin membuak2 untuk diceritakan pada orang awam.

pada masa tu jam 6.45pm (approx.)
aku begitu konfius sebab partner aku balik hostel semula sebab baju basah.jadi aku terpaksa tumpang partner lain n jadilah 3orang.

teman seperjuangan tidak begitu kisah aku join team dia n lantas kami mengambil jalan mudah untuk bertemu sahaja orang yang jaga kaunter kayak yang sememangnya 3orang n selesai terus tugasan.heh,tapi dikira tidak begitu fair sebab sorang lagi tengah layan costumer.kami redha’ n terus lagi cari orang untuk dikongsiluah kisah cinta nabi selepas solat maghrib.

kesimpulan dari cerita ni rata2 mereka tidaklah memberi respons untuk tidak mahu mendengar,kecuali seorang makcik.huhu,

teringat kata pengisian tengahari tadi: “dakwah xbergantung pada penerimaan orang lain,ia bergantung pada hasil usaha kita..”

bila difikir kembali,betul lah apa dia cakap,spt kisah nabi Nuh Alaih’ salam.berapa tahun dia berdakwah? berapa ramai pulak yang mahukan seruan dakwah beliau?900 tahun lebih nabi berdakwah beserta beberapa je kerat orang beriman?!

hasil tinjauan kami terhadap orang awam meleset sedikit sebab kami “bajet” semua orang tahu, apa sebab cuti dianjak kehari isnin bagi memperingati Nabi.antara respons yang kami terima:

ingat2 lupa: “xingat la dik ada apa hari esok,tapi hari isnin tu saya tahu la sebab ada cuti,atas haribulan dia tu ada bintangkan..? ” =,=”
ada juga yang ingat: alhamdulillah &
ada yang memang xtahu jugak pun ada.astaghfirullahalazim,(terautomatik istighfar dalam diri)

jadi khulasohnya, masyarakat luar especially di kampung2,pedalaman,ceruk2 area laut MASIH tidak tahu bila tarikh besday nabi apatah lagi cerita2 pasal nabi sedangkan Nabi s.a.w ingat pada kita semasa Nabi sedang/hendak nazak.

solusi yang kami dengar sendiri dari pakcik2 tadi ialah sebenarnya media telah mempermabukkan kita dengan hiburan yang melalaikan.

aku yakin itulah suara hati nurani ikhlas pakcik yang dahagakan ilmu berkaitan islam itu sendiri.aku tidak menyalahkan media ataupun kerajaan.tapi aku salahkan diri aku sendiri.

p/s: susah juga nak buat ayat eh,karangan BM sudah lama ditinggalkan.huhu

 

sekian