hidup tidak selalu indah

salam n hai,

itulah perkataan orang yang selalu guna untuk menggambarkan tentang kehidupan,kadang-kadang kita diatas kadang-kadang kita dibawah(xdekenemengena).heh,hari ni rasa nak share pasal kehidupan seorang student yang naik grey horse.hehe.

sebelum tu saja nak bagitahu yang grey horse tu ialah motor aku je, =,=”
tapi sedar xsedar itu lah sunnah nabi,yang nabi amalkan iaitu menamakan benda/barang2 kepunyaan nabi dengan nama yang nabi sukai.contoh:

nabi ada kuda hitam nama “as sakkab” =yg pantas berlari.
beg nabi bernama “alkafur”.
mangkuk utk nabi makan nama “algharra”,
“arroyan”=nama untuk cawan nabi minum.
pedang nabi guna bernama “zulfaqqar”

cute kan nabi? :’)

Nabi sangat penyayang sampai benda yg TIDAK bernyawa pun nabi sayang..

hayatilah video ni “jika nabi bersama kita” sungguh menyentuh perasaan T_T

ok,rasanya dah jauh menyimpang ni..haha

sebenarnya nak cerita pasal peristiwa 2 minggu lepas je

ahad setelah pulang dari tengok game villa v mancity bersama rakan baik,heh.aku pulang kerumah sewa,perancangan awal nak tido je kat rumah sewa sebab dah terlalu lewat untuk ke rumah,masa tu dah jam 2am. mood mula2 nak tidur rumah sewa tiba2 hilang sebab ada housemate rumahsewa,time tu dia nak balik rumah parent dia jugak.jadi plan bertukar secara tiba2.

dalam masa pulang,aku memang xnafikan semua traffic lite aku “ter”langgar.huhu,

sebab utama langgar:
1-kereta xbanyak sangat n kadang2 xde pun.
2-memang nak balik cepat sebab takut semua orang tidur xde sapa nak buka pintu rumah.
3-dah biasa.heh

sebelum tu banyak sebenarnya kelebihan bawa motor ni antaranya(nak bagitahu jugak tu):
1-boleh menyelit sesuka hati sampai saff depan.
2-boleh buat jalan sendiri tanpa ada rasa serba salah
3-boleh langgar traffic lite pada waktu2 sesuai(jgn tiru)
4-boleh last minit speed utk keklas tanpa gopoh gapah.hehe

jadi,untuk dipendekkan cerita;

aku dikejar polis tetiba kat traffik lite;sejujurnya aku memang xperasan polis tengah stop lampu merah time tu jugak,barulah aku faham kenapa motor kat situ pon duduk tercegat kat traffik lite tu =,=”

masa kena saman tu macam2 soalan la dia tanya n meleret2,maksudnya dia macam nak bagi aku chances untuk lepas.tapi ntah kenapa aku time tu aku rasa macam aku REDHA je apa dia nak bagi,nak saman,saman jela aku xkisah pon(sebab duit baru masuk,haha), tapi adalah sangat2 tidak berbaloi untuk bayar saman yang menyamai 2kali duit rumah sewa aku!

tapi apa boleh buat….

kalau benda ni xterjadi,aku rasa memang aku xkan berhenti buat benda ni,heh,jadi ambil iktibar je laa..
selesai pagi puaka tersebut,beberapa hari kemudian aku nak jumpa kawan aku sebab dia dah ada banyak pengalaman kena saman n xmakan2 saman =,=”..kat situ dengan harapan la boleh sharing apa2 yang patut.

dia kata:weh,ko tau x,kalau polis cakap meleret2 tu tandanya dia nak mintak duit kopi la tu.kawan aku ni memang banyak dah kena saman sampai dia pon dah biasa dah.aku dalam hati cakap (eh yeke?erk..),yela sebab dah pukul2.30 am kot.kereta lak sikit je.

aku ada rasa menyesal skit sebab xnego dulu dengan polis tersebut,sebab aku dah tawakal pada Allah 100%,apa nak jadi,jadi laa termasuk bayar saman.

tapi bila aku fikir balik betul ke kalau aku nego tu bukan rasuah?bila aku menjengah blog ke blog tentang rasuah,ternyata itulah yang didefinasikan sebagai rasuah,.aku mengucap syukur aku xterlibat. astaghfirullah,alhamdulillah Allah selamatkan aku dari jurang2 tersebut…..

surah Al-Baqarah ayat 188 :

“Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia. Peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula Berdasarkan persepsi umum, besar pangkat atau kuasa seseorang, maka besarlah dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).”

Manakala sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh At-Tabrani:

‚ÄúPemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”
lalu aku fikir sendirian;betulkah semua polis bila dihulur duit dia akan terima? semoga Allah menjauhkan diri kita dari benda2 tersebut.walaupun,kawan cerita macam tu,tapi jauh dalam sudut hati,aku tidak percaya sama sekali,ntah la kenapa.huhu

pagi kena saman tu,sampai trafik lite simpang rumah,tiba2 lampu merah(memang menguji kesabaran)..kereta xde langsung time tu..
dah nak sampai rumah kot,ibarat 1lagi langkah ke rumah..erk..

p/s: boring kan cerita lepas ditambah dengan ayat sekema?huhu..

sekian,wsalam.